Monday, September 27, 2010

kelab liverbird malaysia......



walaupon prestasi LFC sunguh x memberangsangkan, namun, peminat2 LFC kelihatan semakin meriah. terbaru, kelab peminat liverpool fc malaysia a.k.a kelab liverbird malaysia telah ditubuhkan. diterajui oleh en.fariz abu bakar n diperkuatkan dgn jentera yg sungguh hebat, kelab ini menyasarkan pembangunan belia dlm sukan bolasepak n futsal. kelab ini juge telah mendapat akreditasi drpd MALAYSIA SPORTS COMMISSIONER'S OFFICE. ini bermakna, kelab ini adalah sebuah kelab yg diperakui benar. kelab ini juge, bernaung dibawah Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (PBKL).
bnyk aktiviti yg telah dirancang n ada antaranya yg telah dijalankan seperti, live match viewing, mini jamuan raya + live match viewing dan charity futsal.
utk tidak menumpukan hanya peminat dikawasan lembah klang shj, 5 cawangan telah ditubuhkan iaitu, bhg utara (perak, kedah, penang n perlis), selatan (johor, melaka n negeri sembilan), pantai timur (kelantan, terengganu n pahang), borneo (sabah, sarawak n labuan) n kawasan tengah (kuala lumpur, selangor n putrajaya). ini di wujudkna bagi mengelak hanya peminat di lembah klang saje yg terlibat dgn aktiviti. malah, akan diadakan aktiviti2 utk fan di kwsn2 tersebut. aktiviti yg wajib ialah, gath utk menonton perlawanan LFC. n, mungkin juge acara futsal.
kelab ini bergerak melalui facebook, n sesape yg berminat, leh la layari facebook. boleh juge masuk facebook my-lfc, pastu, cr link utk ke page2 kwsn2 yg telah diwujudkan....

1 comment:

SokerBest said...

Semoga bolasepak Malaysia bertambah maju dengan penubuhan kelab Liverbird ini. Kurangkan Politik tingkatkan prestasi Bolasepak Malaysia pasti akan maju !