Thursday, April 23, 2009

sukan PBBM 09......

bermula 28 april hingga 3 mei nnti, aku akan ke langkawi. yahuuuu!!!!! yahuuu ape nye. kalau jln2 mkn angin, ok le. ni x. aku terlibat dgn sukan persatuan bdn berkanun mesia. aku as peserta bolasepak. wakil mpob. huhuhu..... utk kejohanan ni, susah skit nk crite la. standard tinggi giler. ye la, sukan PBBM ni, adalah kejohanan sukan ke-2 terbeso kt mesia slps sukma. n, peserta2 nye lak, mmg power. agensi2 yg menitikberatkan sukan cm dbkl, mbpj n team2 dr U, sume ader peserta yg merupakan bekas wakil negara/negeri. diorg ni, keje, just utk bersukan. contoh cm dbkl. ade antara wakil diorg ni, dtg keje, g training. kul 10am br masuk opis. kul 3pm, dh kuar g training g. utk agensi2 lain yg x de polisi cm ni, just menyertai kejohanan ni sbg acara dwitahunan je le. meramaikan majlis. hahaha..... n, mengharapkan upset. ye la, kot tetibe team yg ade star2 sume x dpt hadir sbb tayar bas pancit ke (sume tayar sekaligus. hehehe...), tetiba keracunan makanan ke (team yg star2 je. yg x star x keracunan. hahaha.... - kecuali dbkl le, sbb, diorg siap bwk chef sndri beb. mmg gempak giler) atau, tetibe, pengarah2 diorg kate, x de bajet utk sukan PBBM. mase tu, mungkin kitorang yg outsider ni, leh mengharapkan title kt kejohanan ni. hehehehe.... tp, itu cume angan2 aku je. hahahaha...... anyway, as peserta yg membawa name majikan, kami akan berjuang habis-habisan. sampai habis duit juge (ye la, g langkawi beb. bebas cukai tuu..... hahahahaa......)

Wednesday, April 22, 2009

my-liverpoolfc.com kembali....

akhirnye, web my-liverpoolfc.com telah pulih seperti sediakala. huhuhuhu..... web tempat liverpool supporters berforum sesame sendiri, membincangkan perihal pasukan liverpool, mng ke, klh ke, seri ke, score bnyk ke, n, ape2 je le. huhuhu..... kredit to bro anep yg bersusah payah mewujudkan web ni, n memperbaiki segala masalah berkaitan web ni. big clap to anep. clap! clap! clap! hahahaha......

Thursday, April 16, 2009

proton exora lagi...





finally, anak bongsu proton yg ditunggu-tunggu, dh pon kluar. mpv proton yg pertama dlm sejarah, telah dilancarkan dgn rasminye oleh PM kite mlm td, 15/04/09. ini juga merupakan kejayaan terbaru proton slps berjaya menghasilkan kereta sedan yg mampu milik iaitu, new saga. mpv ni, juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi sebuah kereta yg memerlukan hanya sedikit masa pembuatannye, drpd melakar idea, hingga lah kpd terlancarnye kereta ini iaitu, hanye 18 bulan. 1 rekod dan sejarah yg cukup membanggakan. yg membuatkan aku cukup teruja dgn mpv ni ialah, selain harga yg murah, ia dilengkapi dgn lcd-dvd player n gps navigator. aksesori wajib lak tu. tp, utk H-line je le. huhuhu..... tp, mmg berbaloi la. terutama utk keluarga yg berpendapatan sederhana, tetapi, mempunyai bilangan ahli keluarga yg ramai. n, 1 g kejayaan proton ialah...... jeng jeng jeng, leh gantung teh tarik beb. hahahahaha....... kereta2 sblm ni, cume leh ltk botol n cawan, tp, mpv ni, leh gantung teh tarik bungkus. hahahaha..... tp, teh tarik ni, full 1 cawan tau. bukan nye, setengah je. hahahaaha....... kalau nk tau lg lanjut, korang leh le bukak blog2 pasal kereta terutamanye, paultan.org. complete cerita die. kalah salesman kt proton edar tu. hahahaaha.....

Wednesday, April 15, 2009

proton exora...


hmmm...... mlm ni, 15/04/09, proton exora, mpv pertama proton, akan dilancarkan oleh perdana menteri ke-6 kite. hmmm.... cmne yek ropenye? huhuhuhu...... kalau nk tau, tunggu le mlm ni. n, nk tau lbh dkt, bermula esok, g la proton edar nye showroom. test drive le sekali. hehehe...... x sabo aku nk tgk, hasilnye yg sebeno, walaupon dh bnyk gambo yg tersebar kt internet. huhuhu....

Tuesday, April 14, 2009

jenderam hilir.....


Terdapat dua legenda bagaimana Kampung Jenderam Hilir mendapat nama. Legenda pertama ialah melalui nama Jin Menderam yang merujuk kepada harimau. Perasaan takut yang menghantui penduduk kampung dan pantang larang menyebut harimau menyebabkan panggilan harimau ditukarkan kepada jin. Lagenda yang kedua pula dikaitkan dengan seorang janda cantik yang dikenali Janda Laram yang suka berhias selepas kematian suaminya. Ada juga yang mengatakan janda itu sebenarnya hantu yang menyerupai seorang wanita. Lama kelamaan nama Jin Menderam dan Janda Laram bertukar menjadi Jenderam sehingga hari ini.

**** aku nk tergelak pon ade bile bace sejarah jenderam hilir ni. huhuhuhu.....
**** nape aku masuk citer jenderam hilir ni yek? huhuhhuhu.....

gelagat radhi lagi...




tgk la sendri, gaya radhi ni bile tgk tv. aku kalau ternampak die wat gaye2 maut die ni, mmg aku senyum sensorang. n, sometimes, bile teringat balik, pon aku leh senyum sensorang. hehehe...... lag 1 wat aku nk gelak, kalau die mencari aku atau ibu die. huhuhu.... kalau die cari aku, die akan jerit "ayah! ayah! ayah!" bnyk kali. n, kalau aku jawab, "saye", die akan sambung, "ne?". cmtu gak kalau die cari ibu die. huhuhu.... mmg kelakar la radhi ni. n, kalau die nk main kereta kt sofa tu, n, time tu lak kite duk kt situ, die akan marah, n ckp, "pi la! pi la!" sampai la kite tukar tmpt lain. maksud kate2 die tu, "tepi la". hahahaha...... kengkadang tu, rimas gak. ye la, kite nk tgk tv sambil duduk kt sofa tu. yg die lak, sibuk nk main kt situ. tp, layan kan je la. hahahaha......

Friday, April 3, 2009

gempak giler...




pergh!!! mmg gempak la. cafe ni, kt sg.petani, kedah. ni alamat blog die http://kafeanfieldburger.blogspot.com/
mmg peminat tegar liverpool siot. sanggup menjadikan cafe, tmpt die mencari rezeki menjadi seperti rumah kelab peminat liverpool. mmg tegar la. mesti kalau ade game, cafe ni full dgn liverpool supporters area SP. huhuhu.... bile agaknye aku dpt kesane yek?

peristiwa bersejarah......


Najib angkat sumpah Perdana Menteri keenam

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada jam 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Bernama





Abdullah, Jeanne terima anugerah Tun

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, pagi ini. Datin Seri Jeanne Abdullah pula menerima darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang turut membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong. - berita harian online.....


**** aku x nk komen ape2 psl politik. cume, aku nk post benda ni kt sini sbb, ini adalah peristiwa bersejarah negara kite. n, aku harap, dibawah kepimpinan baru, negara kite akan aman damai dan ekonomi bertambah baik.
**** dgn terlantik nye Datuk Seri Najib Razak hari ini, sebagai PM ke-6, maka lengkaplah mitos R.A.H.M.A.N yg selalu diceritakan sejak aku tau pasal politik ni. huhuhuhu..... n, lps dh lengkap ni, ade ke sambungan nye yek? hmmmm.... aku pon tertanye-tanye sendirian. hehehehe....

hasil tgn siapekah ini?...




aritu, sedang aku menunggu wife kt kedai dobi di seksyen 7, bangi, aku terperasan lukisan abstrak versi fantasi ni di kedai berhadapan dgn kedai dobi tu. aku pon trus masuk parking betul2 di dpn kedai ni. terus le aku men snap barang sekeping dua gambo lukisan abstrak ni. huhuhu.... tp, nk jual, rasenye, x de sesape yg nk beli pon. hehehehe...... aku trus tertanye-tanye sendirian. ye la, nk tanye radhi, bkn die tau ape pon kan. hehehe..... kalau ikut kaler merah yg bertebaran tu, n, mengikut ceruta2 di akhbar2 mesia, kesan ni leh dikaitkan dgn golongan2 ah long yg bukan sekadar mahu memberi pertolongan pinjaman wang, malah ah long2 ni pon mampu memberi pertolongan kpd peminjam2 tu, melancong ke destinasi pilihan. seperti criter bebaru ni yg 1 family terpakse berpindah randah dr utara, ke selatan, ke tengah. cumer lum dpt ke sabah n sarawak je sbb, duit pinjam kt ah long dh abis, malah, duit simpanan pon turut abis sbb, interest ah long ni, mak datok!!! naik ikut hari la pulak. huhuhu..... kopak nk membayor nye. huhuhu... ok, berbalik kpd citer kedai ni. aku pon terpikir, kedai area sini, rasenye baru bukak. nape tokei kdai ni dh dikejor ah long? mungkin die x dpt membayo pinjaman tu kot. sbb, kurang untung jualan. ye la, yg aku perati, area seksyen 7 ni, bnyk kedai yg jual barangan yg same, jual dekat2. kedai aksesori keta, jgn citer la. bersusun kt seksyen 7 ni. huhuhu.... kedai dobi lak, ade yg bukak bersebelahan. huhuhu.... cmne tu? hmmmm...... ntah la. x tau le nk kate ape. mungkin hasil tgn tu, bukan ah long yg punye. mungkin tuan kedai ni sesaje kot nk mencantikkan kedai die, dgn lukisan abstrak versi fantasi tu. huhuhu... kite mane tau ye x? hehehe......