Najib angkat sumpah Perdana Menteri keenam
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.
Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.
Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Acara penuh istiadat itu bermula apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada jam 10.05 pagi.
Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi.
Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Bernama
Abdullah, Jeanne terima anugerah Tun
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, pagi ini. Datin Seri Jeanne Abdullah pula menerima darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang turut membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong. - berita harian online.....**** aku x nk komen ape2 psl politik. cume, aku nk post benda ni kt sini sbb, ini adalah peristiwa bersejarah negara kite. n, aku harap, dibawah kepimpinan baru, negara kite akan aman damai dan ekonomi bertambah baik.
**** dgn terlantik nye Datuk Seri Najib Razak hari ini, sebagai PM ke-6, maka lengkaplah mitos R.A.H.M.A.N yg selalu diceritakan sejak aku tau pasal politik ni. huhuhuhu..... n, lps dh lengkap ni, ade ke sambungan nye yek? hmmmm.... aku pon tertanye-tanye sendirian. hehehehe....
No comments:
Post a Comment